Sunday, December 7, 2008

Kejadian Tuhan yang tidak disangka


Semalam 6 Disember 2008, negara dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang. Saya kira semua daripada kita telah maklum dengan kejadian tersebut dan mengetahui dengan lanjut kerana semua berita dan stesen TV menyiarkan dari semasa ke semasa. Namun persoalan yang saya ingin timbulkan adakah kita semua telah bersedia untuk menerima andai kata kejadian tersebut berlaku kepada kita? Saya yakin dan percaya pemilik banglo yang musnah telah berusaha menyediakan 'payung sebelum hujan' dengan mengambil beberapa pelan perlindungan insuran yang sepatutnya. Saya yakin mereka telah menyedari akan hakikat yang mungkin berlaku seperti semalam ketika membuat keputusan untuk membeli rumah di kawasan berisiko tersebut. Kalaupun sekiranya mereka tidak memiliki perlindungan insuran, mereka tidak perlu berasa khuatir kerana mereka daripada golongan kaya yang hari ini rumah musnah, esok akan terbangunnya sebuah rumah baru yang tersergam indah. Saya bukan nak menyalahkan mereka. Saya juga bersimpati dengan kejadian yang berlaku semalam. Takziah kepada semua yang terlibat semalam.

Persoalan saya kepada semua pembaca blog ini adalah adakah kita yang tidak berkemampuan ini telah berusaha untuk menyediakan PAYUNG SEBELUM HUJAN? Tidak sukar jika kita semua menyedari akan kepentingan mempunyai pelan perlindungan insuran dan takaful. Saya mungkin boleh membantu anda yang berkemungkinan memerlukan bantuan tersebut. Saya bersedia membantu anda. Sebarang permasalahan dan pertanyaan, hubungilah saya melalui talian 014-3382689. Kita perlu bersedia daripada sekarang. Jangan nanti apabila telah terjadi sesuatu yang buruk, baru kita tercari-cari. Ketika itu, semua sudah terlambat.

No comments: