Monday, October 26, 2009

Blog telah berpindah

Salam..Blog ini telah berpindah. Saya akan maklumkan kemudian alamat yang baru. Terima kasih atas sokongan anda

Tuesday, December 9, 2008

Aidiladha yang suram


Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam sama ada di Malaysia atau di seluruh dunia. Harus diingat dan dimergertikan akan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Inilah perkara yang acap kali diingatkan kepada semua jemaah yang menunaikan solat sunat Aidiladha setiap tahun. Semoga apa yang didengar akan menjadi peransang kepada kita semua untuk berkorban demi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. InsyaAllah. Saya terpanggil untuk membuat sedikit ulasan mengenai raya tahun ini. Beberapa hari sebelum menjelang Aidiladha, negara kita mengalami pelbagai musibah dan bencana. Mungkin ini yang membuatkan suasana menjadi begitu suram. Televisyen pula hanya menyiarkan mengenai hari raya ini untuk slot satu hari sahaja. Itupun sekadar untuk menambat hati penonton rasanya. Sepatutnya semua media harus memainkan peranan yang penting dalam menghebah dan menceriakan suasana sambutan Aidiladha. Sambutan raya ini adalah penting dalam Islam. Sebab itu Takbir hari raya ini selama 4 hari. Di Malaysia kita sangat berbangga dengan sambutan raya Aidilfitri sehingga Aidiladha dipinggirkan. Bersama kita menjawab persoalan ini adakah sekadar melakukan ibadah korban sahaja untuk menyambut Aldiladha?? Bersama kita renungkan.

Sunday, December 7, 2008

Kejadian Tuhan yang tidak disangka


Semalam 6 Disember 2008, negara dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang. Saya kira semua daripada kita telah maklum dengan kejadian tersebut dan mengetahui dengan lanjut kerana semua berita dan stesen TV menyiarkan dari semasa ke semasa. Namun persoalan yang saya ingin timbulkan adakah kita semua telah bersedia untuk menerima andai kata kejadian tersebut berlaku kepada kita? Saya yakin dan percaya pemilik banglo yang musnah telah berusaha menyediakan 'payung sebelum hujan' dengan mengambil beberapa pelan perlindungan insuran yang sepatutnya. Saya yakin mereka telah menyedari akan hakikat yang mungkin berlaku seperti semalam ketika membuat keputusan untuk membeli rumah di kawasan berisiko tersebut. Kalaupun sekiranya mereka tidak memiliki perlindungan insuran, mereka tidak perlu berasa khuatir kerana mereka daripada golongan kaya yang hari ini rumah musnah, esok akan terbangunnya sebuah rumah baru yang tersergam indah. Saya bukan nak menyalahkan mereka. Saya juga bersimpati dengan kejadian yang berlaku semalam. Takziah kepada semua yang terlibat semalam.

Persoalan saya kepada semua pembaca blog ini adalah adakah kita yang tidak berkemampuan ini telah berusaha untuk menyediakan PAYUNG SEBELUM HUJAN? Tidak sukar jika kita semua menyedari akan kepentingan mempunyai pelan perlindungan insuran dan takaful. Saya mungkin boleh membantu anda yang berkemungkinan memerlukan bantuan tersebut. Saya bersedia membantu anda. Sebarang permasalahan dan pertanyaan, hubungilah saya melalui talian 014-3382689. Kita perlu bersedia daripada sekarang. Jangan nanti apabila telah terjadi sesuatu yang buruk, baru kita tercari-cari. Ketika itu, semua sudah terlambat.

Tuesday, December 2, 2008

sajak kematian kepada semua yang masih hidup


Sakaraaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaa!Sakaraaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaa!Sakaratul maut.. maut.. maut.. maut.. maut..!
Di hari itu seorang OB rebah di kamar mandiDiserang lemah jantungnyaYang menggugat nyawanyaTengah malamPulang dari sebuah hotel di klBersama puan mudanyaBersama mulut dan lidahnyaYang dinajisi alkoholDan banglonya di atas bukit
Tuan muda menelofon doktor peribadi OBDan doktor berkejaran bersama beg perubatannyaDan sebatang jarum injeksenDibenamkan ke urat OB
Dan berombak-ombaklah nafasnyaBergelombang dadanyaDilambung nazakHempas-menghempas
Tujuh hari tujuh malamOB bergeletekkanGolek gelentang di pembaringanDan suluruh dunia dan isinya berkumpul di dalam kepalanya
Bangloku, mercedesku, wangku dalam bank BumiSaham-sahamku di syarikat-syarikatRumah-rumah sewakuPengarah-pengarahKuda-kudaku di padang gombakPadang golfkuAnak-anakku di luar negeriDan isteri mudaku
Nazak hempas-menghempasPulas-memulasDan pintal-memintal
Makan? Geleng kepalaMinum? Geleng kepalaArak? Geleng kepalaIsteri muda? Geleng kepalaMau ke padang lumba kuda? Geleng kepalaMau pergi ke genting highland? Geleng kepalaMelancong ke eropah? Geleng kepalaKe mekah naik haji? Geleng kepala
Apa yang kau mahu?!
Oh tuhan..Panjangkan umurku..
Panjang umur?Berapa tahun engkau mahu?100 tahun? Cukup?Ya 100 tahun
63 tahun tidak cukup?Tak puas hidup?Tidak kenyang makan maksiatBelum bosan mengumpul dosaKau mahu panjang umur lagi
Sedetik lagi sakaratul maut datangSedetik lagi Izrail datangSedetik lagi malaikatul maut datangKau diambang sakaratul mautKau nazak sekarang wahai OB
Aku makin tegangDan makin sendat nafas di dadaKedinginan mulai memanjangDan merayap kakiPerlahan-lahan menjalar ke seluruh jasad dan.. tubuhku
Aku dilambung resah, gelisah, keluh kesahKeluhan dan rintihan..
Panas!!!!!!! !!Dahaga!!!!!! !Haus!!!!Panassss!!!! !!!!
Air 7 lautan mau ditegukSebesar 7 dunia kelaparan merobek usus-ususSyaitan-syaitan datang berbondong-bondongMenginjak-injak akuMenggudah akuMau memurtadkan aku
Nenekku datang.. nenek!
Kau dahaga cucu?Kau lapar cucu?Mau air?Ini bijana penuh air maduKalau cucu mau masuk syurgaMinum air ini
Ibu!!!!!!!!! !
Ibuku menggoyangkan buah susunyaIni ibumuAir susu ini membesarkan kau NakBuangkan IslamMatilah dalam agama yahudi
Ayah!!!!!!!! !!!!
Kau datang ayah?Matilah dalam agama yahudi wahai anakkuMatilah dalam agama kristianItulah agama yang membawa kau masuk ke syurga katanya
Ucaplah!Laaaaaaaaaaaaaaaaaa ilaaaaaaaaaaahai llallaaaaaaaah!Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaa k!
Ucaplah!Laaaaaaaaaaaaaaaaaa ilaaaaaaaaaaahai llallaaaaaaaah!Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaak!
RumahkuMercedeskuWangku dalam bankSaham-sahamkuKuda-kudakuKolam mandikuPadang golfkuIsteri-isterikuDan duniaku!
Sakaratul maut pun datangPak lebai dari rumah setingganDipanggil oleh pemandu dengan mercedesDan memanjat bukit ke bangloku di puncak desir anginTapi lidahku telah keluDan sakaratul maut kian detik tiba
Manusia-manusia berjubah hitam datangMari ikut kami!
Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa payung hijauKatanya..Mari ikut kami!
Cahaya putih datangDatang sinar kuningDatang kiratan hitamCahaya merah datang
Apa ini?!Apa ini?!
Aku sakaaaaaratul mauuuuuuuuuuuuuuuuu uuuuut!
Kedinginan menjalar merayap perlahan-lahanDari hujung kaki ke hujung rambutDan kini seluruh jasadku diseliputi sejukDan dingin singgah ditengkorokkan
Kemudian datanglah malaikatul maut di hujung kepalaku
Hai!!! Jiwa yang keji!Keluarlah kepada kemurkaan Allah!
Rohku berselerak ke seluruh tubuhkulalu..
Inna lillahi wainna ilaihi rajiuuuuunn
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandangDan menghemburlah bau bangkai sebusuk-busuknya
Tuliskan! Suratannya dalam sektor pada bumi yang terbawah
Roh aku dicampakkanDikembalikan ke dalam jasadLalu datang dua orang malaikatDan didudukinya aku
Siapa Tuhanmu!Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!! !
Apa engkau mahu?!Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!!
Siapa lelaki ini yang diutus kepadamu?!Ah ah ah aku tidak tahu!!!!!!!!
Datanglah kepadaku seorang lelaki yang hodoh wajahnyaBuruk pakaiannyaBusuk baunya
Siapa engkau?
Akulah amalanmu yang kejiiiiĆ¢€¦
Kini aku diazab dan disiksa di dalam kuburMenunggu..Menunggu doa anak yang soleh
Mana doa anakku seorang peguam?Mana doa anakku seorang doktor?Mana doa anakku seorang jurutera?Mana doa anakku seorang arkitek?Manaaaa doa anakku seorang profesor?
Manaaaa?!Manaaaaaaaaaaaa? !Manaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaa? !

Saturday, November 29, 2008

kembalinya wirawan pedalaman


Petang 28 November 2008, negara kita kehilangan seorang tokoh politik yang amat aku bangga. Kesungguhan beliau dalam membela nasib anak bangsa di pedalaman harus dipuji. Bukan mudah seorang yang berpangkat menteri ingin mendalami hati dan perasaan anak-anak dipedalaman. Ketuanya sendiri iaitu Dato' Seri Hishamuddin mengakui peranan yang dimainkan oleh allahyarham semasa hayat beliau. Tidak lama beliau menjadi Timbalan Menteri Pelajaran, namun banyak perkara dan perubahan yang telah dilakukan oleh beliau dalam membantu anak-anak dipedalaman. Semoga segala usaha yang dijalankan oleh beliau akan menjadi inspirasi kepada penggantinya untuk terus menbantu anak-anak dipedalaman. Al-Fatihah untuk allahyarham Dato Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Wednesday, November 12, 2008

my dream car

Lihatlah kereta yang menjadi impianku. Daokan aku

DOA USAHAWAN


Aku pohonkan kekuatan..
Allah berikan derita dan sengsara
untuk kubina daya ketahanan

Aku pohon keberanian dan kegagalan...
Allah berikan cabaran demi cabaran
untuk ku atasi segala kelemahan

Aku pohon hikmah dan kebijaksanaan...
Allah berikan kegagalan dan ujian
untuk ku tajamkan kebolehan

Aku pohon kejayaan dan kekayaan...
Allah telah berikan akal fikiran dan upaya
Supaya aku gigih berusaha

Aku pohon limpahan rezeki dan kelebihan...
Allah berikan peluang dan kesempatan
untuk ku manfaatkan

Aku pohon belas kasihan dan perlindungan...
Allah berikan insan yang lebih daif dariku
untuk ku bimbing dan bantu

Aku pohon pembelaan...
Allah perintahkan aku membaharui
Sebelum nasib diriku diperbaiki

Seolah-olah tiada suatu apa pun yang ku minta dimakbulkan...
Namun sesungguhnya telah Allah kurniakan
Segala apa yang aku perlukan.