Tuesday, December 9, 2008

Aidiladha yang suram


Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam sama ada di Malaysia atau di seluruh dunia. Harus diingat dan dimergertikan akan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Inilah perkara yang acap kali diingatkan kepada semua jemaah yang menunaikan solat sunat Aidiladha setiap tahun. Semoga apa yang didengar akan menjadi peransang kepada kita semua untuk berkorban demi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. InsyaAllah. Saya terpanggil untuk membuat sedikit ulasan mengenai raya tahun ini. Beberapa hari sebelum menjelang Aidiladha, negara kita mengalami pelbagai musibah dan bencana. Mungkin ini yang membuatkan suasana menjadi begitu suram. Televisyen pula hanya menyiarkan mengenai hari raya ini untuk slot satu hari sahaja. Itupun sekadar untuk menambat hati penonton rasanya. Sepatutnya semua media harus memainkan peranan yang penting dalam menghebah dan menceriakan suasana sambutan Aidiladha. Sambutan raya ini adalah penting dalam Islam. Sebab itu Takbir hari raya ini selama 4 hari. Di Malaysia kita sangat berbangga dengan sambutan raya Aidilfitri sehingga Aidiladha dipinggirkan. Bersama kita menjawab persoalan ini adakah sekadar melakukan ibadah korban sahaja untuk menyambut Aldiladha?? Bersama kita renungkan.

No comments: