Saturday, November 29, 2008

kembalinya wirawan pedalaman


Petang 28 November 2008, negara kita kehilangan seorang tokoh politik yang amat aku bangga. Kesungguhan beliau dalam membela nasib anak bangsa di pedalaman harus dipuji. Bukan mudah seorang yang berpangkat menteri ingin mendalami hati dan perasaan anak-anak dipedalaman. Ketuanya sendiri iaitu Dato' Seri Hishamuddin mengakui peranan yang dimainkan oleh allahyarham semasa hayat beliau. Tidak lama beliau menjadi Timbalan Menteri Pelajaran, namun banyak perkara dan perubahan yang telah dilakukan oleh beliau dalam membantu anak-anak dipedalaman. Semoga segala usaha yang dijalankan oleh beliau akan menjadi inspirasi kepada penggantinya untuk terus menbantu anak-anak dipedalaman. Al-Fatihah untuk allahyarham Dato Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Wednesday, November 12, 2008

my dream car

Lihatlah kereta yang menjadi impianku. Daokan aku

DOA USAHAWAN


Aku pohonkan kekuatan..
Allah berikan derita dan sengsara
untuk kubina daya ketahanan

Aku pohon keberanian dan kegagalan...
Allah berikan cabaran demi cabaran
untuk ku atasi segala kelemahan

Aku pohon hikmah dan kebijaksanaan...
Allah berikan kegagalan dan ujian
untuk ku tajamkan kebolehan

Aku pohon kejayaan dan kekayaan...
Allah telah berikan akal fikiran dan upaya
Supaya aku gigih berusaha

Aku pohon limpahan rezeki dan kelebihan...
Allah berikan peluang dan kesempatan
untuk ku manfaatkan

Aku pohon belas kasihan dan perlindungan...
Allah berikan insan yang lebih daif dariku
untuk ku bimbing dan bantu

Aku pohon pembelaan...
Allah perintahkan aku membaharui
Sebelum nasib diriku diperbaiki

Seolah-olah tiada suatu apa pun yang ku minta dimakbulkan...
Namun sesungguhnya telah Allah kurniakan
Segala apa yang aku perlukan.

Insuran dalam Islam


Perbincangan insuran dalam Islam telah lama diperkatakan. Ramai orang Islam di Malaysia kebanyakkan tidak mahu mengambil sebarang pelan insuran kerana takut bertentangan dengan ajaran Islam. Adakah ini benar? Sebenarnya dalam Al-Quran memang tidak menyebut secara tegas dan terang ayat yang menjelaskan tentanbg khidmat insuran seperti yang ada pada saat ini. Hal ini terbukti dengan tidak timbulnya istilajh insuran atau al-ta'min secara nyata dalam Al-Quran. Walaubagaimanapun Al-Quran masih mengutarakan ayat-ayat yang memepunyai aplikasi nilai-nilai dasar yang ada insuran seperti nilai tolong-menolong, kerjasama atau semangat untuk melakukan perlindungan daripada peristiwa kerugian di masa mendatang.

Seperti maksud di dalam Surah Al-Maidah ayat 2 yang bererti:

"...tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa da pelanggaran. Dan bertawakkallah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya."

Ayat ini memuatkan perintah (amr) tolong-menolong antara manusia. Dalam perkhidamtan insuran, nilai ini terlibat dalam bentuk kerelaan anggota (nasabah) perusahaan insuran untuk menyisihkan dananya agar digunakan sebagai dana sosial (tabarru').

Dalam surah Al-Baqarah ayat 180 bererti:

"....Allah mengkendaki kemudahan bagimu, dan tidak mengkehendaki kesukaran bagimu.."

Dalam ayat ini, Allah menjelaskan bahawa kemudahan adalah sesuatu yang mengkehendaki olehNya, dan sebaliknya kesukaran adalah sesuatu yang tidak dikehendakiNya. Maka dari itu, manusia dituntut oleh Alah SWT agar dalam setiap langkah kehidupan selalu diberi dalam kemudahan dan tidak menyulitkan diri sendiri. Dalam konteks insuran, ayat tersebut dapat difahami bahawa dengan aadanya insuran, seseorang dapat memudahkan kehidupan di masa akan datang dan dapat melindungi kepentingan ekonominya dari sesuatu kerugian yang tidak disengajakan.

Tuesday, November 11, 2008

Perkara ajaib tersembunyi dalam minda


oleh: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj


Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda
Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan. Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari. Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda
Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan. Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda. Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi
Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran. Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya
Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.
Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhka n, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus. Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.


saya menerima mesej ini daripada email seorang kawan yang prihatin dengan kuasa minda dan kuasa Allah. Terima kasih En Azly

Memang dapat duit, TAPI....


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Izinkan saya berkongsi pendapat demi kebaikan semua.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kehidupan yang semakin tertekan akibat kenaikan perbelanjaan harian, saya faham ramai orang sudah mula mengorak langkah, mencuba pelbagai cara untuk menambah income mereka.
"Apa saja lubang yang boleh aku masuk, aku cuba masuk, janji dapat duit" kata seorang kawan dengan beriya-iya.
Ada yang nak jadi ejen insurans / takaful atau unit trust, ada yang bukak gerai char kuey teow depan rumah dan tak kurang jugak yang terjun masuk ke dalam bisnes MLM / direct-selling, mempromosikan barangan tertentu dari alat penjimatan minyak, tong NGV sampailah kepada barangan kecantikan wanita.
Yang saya nak nasihatkan ni adalah berkenaan mereka yang terlibat dengan pelbagai skim pelaburan "cepat untung" kerana itulah trend yang paling hangat masa kini bagi mereka yang malas nak berusaha, tapi nak duit berlipat ganda (jgn marah, ini realiti, anda memang malas nak usaha dengan cara yang betul).
Saya bukannya dengki atau cuba nak menakut-nakutkan anda. Sorrylah i dont have time untuk dengki sesama anak melayu. Cuma saya ingin bertanya balik kepada anda ...
"Walaupun skim pelaburan anda buat duit (berdasarkan bukti cek atau transaksi bank yang anda tunjuk), tapi adakah ia skim pelaburan yang legal & halal?"
Itulah yang menjadi persoalan pokok yang perlu anda jawab dengan jujur.
Skim pelaburan yang halal, adalah wang yang dilaburkan ke dalam perniagaan yang sah disisi undang-undang, perniagaan yang halal dan aktiviti perniagaannya juga halal.
Skim pelaburan yang legal / sah disisi undang-undang pula adalah wang yang laburkan ke dalam syarikat perniagaan yang mempunyai lesen perniagaan yang sah, mempunyai kebenaran yang sah dari Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti untuk mengutip deposit dari orang ramai, dan produk kewangannya adalah produk yang mendapat kelulusan BNM / SC.
Inilah soalan-soalan yang patut anda tanya bila ada kawan yang promosikan skim buat duit kepada anda.
"Tapi, bukti cek dan transaksi bank kan ada?" bantah kawan tersebut.
Memanglah you dapat duit sekarang. Skim Pak Mat Telo dulu pun, ramai yang dapat duit berbakul bakul. Skim piramid dulu pun, ramai yang untung berlipat ganda. Swisscash Mutual pun, ramai yang dapat duit berbulan-bulan. Tapi akhirnya bungkus jugak! Duit entah hilang ke mana, penganjur ditahan pihak berkuasa kerana kutip deposit haram!
Saya sekadar nak beri reminder kepada sahabat-sahabat semua bahawa, sejak akhir-akhir ni :-
1) Semakin kerap kedengaran individu tertentu diheret ke mahkamah kerana mengutip wang / deposit dari orang ramai tanpa kebenaran / lesen dari BNM / SC (walaupun bergelar financial consultant bebas).
2) Sykt penganjur yang mengutip deposit haram dari orang ramai disita dan duit dibekukan. Pelabur tak dapat duit pelaburan mereka kembali, sebaliknya menanggung pembayaran balik hutang personal loan yang mereka buat kerana nak join pelaburan tu (contoh swisscash dulu).
3) Duit pelaburan skim haram yang anda belanja untuk makan minum keluarga dikhuatiri duit tak berkat / duit haram, yang akan jadi darah daging anda sekeluarga.
Skim pelaburan haram (tak sah disisi undang undang dan haram di sisi hukum syarak) ini wujud dalam pelbagai bentuk dan cara. Ada yang guna wang pos, ada yang guna internet, ada yang salah-guna konsep sedekah/amal jariah, ada yang salah-guna istilah mutual fund atau amanah saham, salah-guna lesen AJL / Direct Selling dan ada yang salah-guna nama institusi kewangan tertentu, demi untuk meyakinkan orang ramai.
Sebelum anda terlibat dalam apa jua skim pelaburan, semak dahulu :-
1) Siapa pemilik syarikat tersebut, beserta dengan gambarnya sekali
2) Alamat syarikat perniagaan dan latar belakang sykt tersebut
3) Lesen perniagaan syarikat dan lesen AJL dari KPDN & HEP (jika berkenaan)
4) Lesen / kebenaran khas dari BNM / SC untuk mengutip deposit
5) Jenis perniagaan yang dilakukan / barang yang diniagakan
6) Resit perniagaan untuk setiap pembayaran dimatikan duit setem (jika berkenaan).
7) Laporan tahunan yang menunjukkan ke mana wang anda dilaburkan
8) Kad kuasa atau lesen untuk ejen / promoter

Jangan sekadar mengukur kadar pulangan (berapa tinggi boleh beri) dan bukti penerimaan cek saja. Itu memperdayakan diri anda sendiri namanya.
Kalau anda nak buat bisnes, buat bisnes betul-betul. Tubuhkan sykt anda sendiri, atau join sykt yang sudah lama beroperasi / sudah kukuh (sudah established) . Jangan fikir nak short-cut saja.
Konsep "buat apa saja, janji dapat duit" ini yang banyak merosakkan orang sekarang. Kerana bertuhankan duit, anda sanggup melacurkan maruah diri dan makan duit haram.
Fikir fikir lah dulu sebelum melabur. Karang duit hilang entah ke mana, keharmonian hidup berkeluarga pun turut LEBUR.

Jom Menyanyi

lagu ni untuk anda semua yang melayari blog aku

insuran untuk wanita



Sila baca artikel bertajuk "Fokus: Insurans untuk wanita", di alamat http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Ratu/20081017084617/Article/
Fokus: Insurans untuk wanita
Oleh Nor Affizar Ibrahimmailto:Ibrahimaffizar@bharian.com.my

Pelan perancangan bersesuaian bantu golongan hawa nikmati kehidupan bermutu pada masa depanKEBELAKANGAN ini semakin banyak syarikat institusi kewangan dan insurans yang begitu ghairah serta berlumba-lumba memperkenalkan skim pelan perlindungan insurans khusus untuk wanita. Ini termasuklah, pelan perlindungan penyakit berkaitan wanita, perlindungan penyakit berjangkit, perlindungan kepada wanita terhadap jenayah dan keganasan rumah tangga menyebabkan kecederaan peribadi dan sebagainya. Persoalannya perlukah wanita mengambil atau memiliki pelan insurans yang disarankan khusus kepada wanita seumpama itu? Malah, ada yang mulai keliru dan tertanya-tanya sejauh manakah penting atau apakah faedah diperoleh serta jaminannya jika mengambil pelan insurans dikhususkan kepada wanita. Selain itu, ada juga yang melihat, pelan insurans seperti itu hanya ingin mengambil kesempatan dan ‘jerat’ bagi meraih keuntungan oleh pihak tertentu.

Bagaimanapun, Pengurus Perunding, Tekad Smart Planning Sdn Bhd, Azha Syazri Azizan, berpendapat kewujudan pelbagai pelan insurans khusus untuk wanita, secara tidak langsung melambangkan satu pengiktirafan kepada peranan penting yang dimainkan oleh wanita hari ini kerana mereka turut sama menyumbang sumber pendapatan untuk keperluan keluarga dan berkemampuan untuk membina masa depan mereka sendiri. Beliau berkata, wanita sebenarnya mempunyai keperluan hidup yang berbeza daripada keperluan lelaki. Memandangkan kehidupan seorang wanita itu berlainan daripada lelaki, perancangan kewangan yang terbaik perlu dibina mengikut keperluan uniknya. “Perancangan itu termasuklah pengenalan pelan insurans istimewa, khusus untuk wanita saja, agar ia dapat memenuhi keperluan mereka. Antara keperluan wanita yang perlu diberi perhatian serius ialah wanita biasanya hidup lima hingga 10 tahun lebih lama daripada lelaki. Wanita juga didapati lebih cenderung menghidap penyakit berbanding lelaki, terutama selepas berumur 40-an. “Selain itu, wanita lebih cenderung menjadi mangsa kepada gejala sosial seperti kes ragut, culik, rogol, bunuh dan rompakan, berbanding lelaki. Tiga faktor atau keperluan berkenaan menyebabkan produk insurans wanita direka khas untuk memenuhi keperluan hidup seorang wanita,” katanya.

Azha berkata, statistik menunjukkan ketika tua, satu pertiga wanita hidup seorang diri sama ada sebagai bujang, balu atau janda. Fakta juga mendapati, lebih 80 peratus penghuni rumah jagaan warga emas terdiri daripada wanita yang tidak berkemampuan untuk menyara hidup mereka sendiri kerana tiada simpanan persaraan atau pencen. Selain itu, dianggarkan satu daripada 19 wanita Malaysia menghidap penyakit barah payu dara yang mana, lebih 45 peratus daripada pesakit berkenaan meninggal dunia selepas beberapa tahun. Setiap hari pula lebih 95 kes baru pesakit barah dilaporkan di Malaysia dan barah payu dara serta pangkal rahim mencatatkan peratusan paling tinggi. Jenayah sosial seperti kes ragut, rompakan, rogol mahupun bunuh semakin meningkat dan wanita adalah mangsa utama bagi kebanyakan kes. “Sudahlah wanita hidup lebih lama daripada lelaki, terpaksa pula menempuh hari tua tanpa suami di sisi.

Untuk mengatasi masalah ini, ada insurans wanita yang menyediakan pilihan tambahan dengan memperkenalkan Akaun Simpanan Berkala (Regular-Saving Rider) agar mereka dapat membina tabung persaraan, di samping mendapat perlindungan insurans hayat. Akaun simpanan berkala ini hanya mengenakan caj servis sebanyak lima peratus saja berbanding pelan insurans lain yang mengenakan caj servis sekitar 60 hingga 90 peratus pada tahun pertama,” katanya. Masalah kesihatan BELIAU berpendapat, wanita perlu mengutamakan insurans yang lebih berkaitan kepada kesihatan dan hilang keupayaan untuk bekerja kerana kos rawatan hospital serta kos sara hidup yang semakin mahal dari tahun ke tahun. Sama ada seseorang wanita itu perlu mengambil dua atau lebih skim insurans, ia bergantung kepada keadaan kewangannya dan bagaimana seseorang perunding insurans itu menyediakan pakej insurans untuknya. Katanya, bagi yang mempunyai bajet kewangan agak ketat mungkin lebih baik mengambil satu polisi yang mempunyai kuantiti jumlah perlindungan insurans yang sederhana dan menambah satu atau dua polisi lagi apabila keadaan kewangannya bertambah baik bagi menambah jumlah perlindungan sedia. “Individu tidak mempunyai bajet yang mencukupi untuk membeli dua atau lebih skim insurans pada satu masa perlu menentukan jenis bencana kewangan yang mana satukah yang menjadi tumpuan utamanya.

Sebagai contoh, jika seseorang wanita itu risau akan kebajikannya dan kos rawatan hospital yang sangat mahal, maka dia perlu menumpukan kepada insurans wanita yang memberi kuantiti jumlah perlindungan yang lebih tinggi untuk perlindungan penyakit kewanitaan dan tanggung kos hospital. “Tetapi jika dia lebih risaukan akan kebajikan diri dan anak-anaknya, terutama sekali makan minum keluarga jika dia hilang keupayaan untuk bekerja atau meninggal dunia lebih awal, maka dia perlu menumpukan kepada insurans wanita yang memberi kuantiti jumlah perlindungan yang lebih tinggi untuk perlindungan sumber pendapatan seperti akibat kematian awal, lumpuh keseluruhan, penyakit kritikal dan penyakit berkaitan wanita. “Apa yang pasti, memiliki satu polisi terlebih dulu dan menambah polisi pada masa hadapan adalah jauh lebih baik daripada tidak mengambil apa-apa insurans,” katanya. Bagaimanapun, dalam keadaan sumber kewangan adalah terhad, Azha menasihatkan wanita agar memilih pelan insurans jenis perlindungan tanpa simpanan, berbanding pelan insurans jenis simpanan supaya mendapat kuantiti jumlah perlindungan insurans yang tinggi dengan caruman yang sangat rendah. Mengenai bilakah masa sesuai untuk mula memikirkan mengambil insurans khusus penyakit berkaitan wanita, katanya, usia purata bagi seorang wanita menghidap penyakit serius seperti barah adalah 43 tahun. Ini bermakna, sekiranya usia wanita itu berumur kurang dari 43 tahun, perlu membuat persediaan dari awal apatah lagi penyakit juga boleh menyerang pada usia muda seperti belasan tahun. Hakikatnya, bersedia dari awal adalah lebih baik daripada menunggu umur 43 tahun. Perlindungan jenayah AZHA berkata, perlindungan terhadap jenayah sosial dan keganasan rumah tangga pula satu pilihan tambahan yang boleh dipertimbangkan oleh wanita yang risau akan kebajikan mereka apabila menjadi mangsa keadaan seumpama itu. Lebih-lebih lagi, aliran masa kini menunjukkan terdapat kenaikan mendadak bagi kes jenayah yang mensasarkan wanita sebagai mangsa utama. Bagaimanapun, beliau menegaskan ia bukanlah satu jenis faedah insurans yang perlu diutamakan bagi semua wanita. Sama ada faedah insurans jenis itu diperlukan, individu perlu mengkaji gaya hidupnya terlebih dulu.

Faedah insurans sebegitu lebih diperlukan oleh wanita yang sering keluar rumah seorang diri (terutama remaja dan pelajar) atau wanita yang gemar berkenalan atau mudah percaya dengan lelaki yang tidak dikenali (blind-date, bomoh atau pengunjung kelab malam). Begitu juga wanita yang mempunyai pasangan bersikap panas-baran dan terlalu mengawal serta individu yang mempunyai paras rupa menarik dan golongan profesional yang berpendapatan tinggi. Ini kerana golongan seperti itu yang biasanya berisiko tinggi untuk menjadi mangsa jenayah sosial. Fahami keperluan diri KEBANYAKAN wanita di Malaysia yang mengambil skim insurans lebih menggemari pelan jenis simpanan, di mana sekiranya tidak ada apa-apa berlaku sehingga tempoh matang polisi, mereka akan mendapatkan semula caruman insurans yang sudah dibayar, berserta dengan pulangan pelaburan. Azha Syazri Azizan berkata, senario itu berlaku kerana kebanyakannya tiada pengetahuan mengenai produk insurans dan kerap menganggap, pelan insurans jenis perlindungan tanpa simpanan (bayaran hangus) sebagai satu kerugian jika tiada tuntutan dilakukan. Katanya, individu harus ketahui bahawa tidak kira pelan insurans itu berbentuk simpanan atau perlindungan semata-mata, caj insurans yang dikenakan tetap hangus (tidak dikembalikan) kerana ia digunakan bagi membentuk tabung pampasan peserta. Cuma apabila individu memilih pelan insurans berbentuk simpanan, mereka terpaksa membayar empat hingga lima kali ganda lebih mahal daripada pelan jenis perlindungan yang menawarkan faedah insurans sama dan terpaksa mengikut syarat sudah ditetapkan oleh syarikat insurans itu seperti caj khidmat, syarat pengeluaran awal dan sebagainya. “Bagi wanita yang ingin membeli insurans, anda perlu merujuk kepada perunding insurans yang profesional dan terlatih, berbanding ejen insurans yang lebih gemar mempromosikan produk melalui gimik jualan.


Ini kerana, perunding insurans profesional biasanya akan membuat kaji selidik mengenai diri dan keperluan kewangan pelanggan terlebih dulu sebelum mencadangkan apa juga jenis insurans. “Dengan melakukan kaji selidik mendalam, barulah perunding insurans itu dapat mengenalpasti jenis bencana kewangan yang akan dihadapi dalam kehidupan pelanggan dan berupaya untuk mencadangkan pelan bersesuaian bagi mengatasi masalah kewangan itu. Sebaliknya, tanpa kaji selidik mengenai keperluan kewangan, pelanggan mungkin akan terpedaya dengan gimik jualan dan terbeli pelan insurans yang bukan saja tidak memenuhi keperluan hidupnya, malah dibeli dalam kuantiti jumlah perlindungan insurans yang terlalu rendah berbanding keperluan hidup sebenar,” katanya. Azha berkata, untuk memilih dan membeli insurans yang terbaik pula ia bukanlah bersandar pada nama atau status syarikat tertentu sama ada tempatan atau antarabangsa, konvensional mahupun takaful serta kemampuan sesebuah produk insurans untuk ‘menyumbat’ semua faedah dalam satu pelan misalnya, tujuh dalam satu dan sebagainya. Sebaliknya, beliau percaya insurans terbaik adalah polisi yang dapat memenuhi keperluan kewangan individu ketika berlaku bencana kewangan dan dibeli dalam kuantiti jumlah perlindungan yang mencukupi untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Tidak kira sama ada disediakan dalam satu pelan atau didatangkan dalam pakej dengan beberapa polisi lain. Mengulas mengenai sesetengah kes dalam membuat tuntutan insurans, ada yang tidak mendapat manfaat sepatutnya seperti mana digembar-gemburkan, Azha berkata, ada kala ia berpunca daripada tindakan ejen insurans tidak beretika ketika melakukan penjualan. “Apabila tuntutan ditolak oleh syarikat insurans mungkin ada sesuatu yang tidak kena atau menimbulkan persoalan. Ini termasuklah berkemungkinan, ejen melakukan penipuan atau mengada-adakan faedah yang tidak wujud dalam pelan.


Selain itu ia juga boleh berpunca daripada sikap peserta insurans yang enggan meneliti atau memahami isi kandungan polisi insurans mereka, terutama dari segi syarat jaminan, skop perlindungan dan syarat tuntutan. “Sikap negatif seperti suka menyembunyikan fakta penting atau berbohong ketika membuat permohonan insurans juga antara penyebab utama mengapa tuntutan insurans ditolak. Sebarang maklumat penting yang disembunyikan daripada syarikat insurans ketika proses kelulusan, akan menjejaskan kesahihan kontrak dan boleh menyebabkan polisi insurans terbatal, walaupun ia sudah berbayar lebih dari dua tahun,” katanya.

nasib guru pedalaman

Sekolah pedalaman di Malaysia terdapat dipelbagai negeri terutama Sabah dan Sarawak. Sekolah dipedalaman ini terletak dalam pelbagai kondisi dan suasana kerana ada sekolah yang tiada sebarang kemudahan asas. Video ini adalah untuk menjadi tatapan kepada semua rakan-rakan bakal guru semua yang akan posting sama ada sebulan, setahun, dua tahun atau beberapa lama lagi. Namun kita tetap akan menghadapi sekolah yang memerlukan perkhidmatan kita. Jika dilihat pada video ini, kita kan merasa sesuatu yang amat menyentuh hati. Sejak kahir-akhir ini aku sangat berminat untik memdalami pengalaman mereka yang telah mengajar di sekolah pedalaman. Sungguh banyak dan pelbagai pengalaman yang kadang-kadang membanggakan dan ada ketikanya adalah sedih. Tapi hakikatnya kita semua belum merasai pengalaman yang mereka telah lalui. Pernah atau tidak kita terfikir apakah akan berlaku kepada kita bakal guru sekiranya ditempatkan di sekolah pedalaman tersebut? Tentulah menjadi suatu keanehan kepada kita jika tidak dapat menyesuaikan diri dengan situasi dan pengalaman baharu ini. Namun sebagai bakal guru kita seharusnya telah bersedia untuk berkhidmat di mana sahaja jika ditempatkan. Aku selalu mendengar rakan-rakan berkata yang mereka sangat berminat untuk berkhidmat di pedalaman. Namun suatu pertanyaan adalah kesanggupan mereka lahir daripada hati yang tulus dan suci?? Entahlah. Kadang-kadang kita senang untuk membicarakan dan meluahkan namun hakikatnya adalah terlalu sukar untuk dirasai. Hanya mereka yang telah berada dan merasai situasi tersebut akan tahu segala pengalaman itu. Bagiku sebagai seorang bakal guru, apa yang penting adalah niat kita. Sekiranya niat adalah untuk membantu anak bangsa kita dan melihat mereka semua berjaya, kita akan dipermudahkan oleh Allah untuk melaksanakan perkara murni ini. Aku juga tidak tahu apakah perasaan aku jika ditempatkan di sekolah pedalaman. Namun aku harus bersedia dengan segala macam ilmu dan pengalaman agar jika ditempatkan disekolah pedalaman, aku akan suatu momentum untuk terus berkhidmat kepada anak bangsa. Aku sangat memberi penghargaan kepada guru-guru yang mengajar di pedalaman. Jika kerajaan ingin memberi anugerah Datuk, Tan Sri atau sebagainya, orang yang sepatutnya adalah guru terutama mereka yang berada di pedalaman. Aku pun kurang mengerti mengapa kerajaan tidak menghargai jasa mereka ini sedangkan jasa seorang guru adalah terlalu besar. Mana ada seorang perdana menteri atau menteri yang dilahirkan terus mendapat pangkat tersebut. Mereka melalui pengalaman pertama dalam proses pembelajaran melalui seorang guru. Wahai semua rakyat MALAYSIA, bukalah mata hati dan minda untuk melihat akan pengorbanan seorang guru. Satu penghargaan kepada semua guru "AKU TABIK DAN RESPECT ANDA SEUMA" Tahniah dan teruskan usaha membantu anak bangsa kita.

Kereta idamanku

Inilah kereta yang menjadi idamanku selama ini. Walaupun pada hakikat adalah mustahil untuk aku mendapatkan kereta ini dalam situasi aku masih belajar, tapi tiada yang mustahil dalam dunia ini. Usaha keras akan membuahkan hasil yang amat membanggakan dan menjadi suatu realiti. Aku belajar umtuk berusaha dengan penuh keazaman. Aku sekarang terlibat dalam Insuran dan Takaful. Sebagai seorang consultant aku percaya yang aku boleh berjaya. Azamku untuk mendapatkan kereta idaman ini mungkin akan menjadi kenyataan dalam masa dua tahun lagi. Masa dua tahun aku perlukan untuk membuktikan kepada diri bahawa aku boleh berjaya dan tiada yang mustahil. Aku berpandangan tiada pekerjaan yang murni selain daripada menjadi guru. Guru dalam segala lapangan tidak semestinya di sekolah sahaja tetapi termasuk jua di universiti, seminar dan sebagainya. Pekerjaan kedua yang murni adalah sebagai seorang consultant insuran. Bagi aku dengan menjadi seorang consultant insuran, aku dapat menolong orang selain mendapat pendapatan yang tiada hadnya. Tetapi aku percaya bukan mudah untuk mendapatkan kesemua yang diimpikan. Bukan mudah untuk berjaya dalam perniagaan insuran ini. Semua memerlukan kesungguhan yang mendalam dan perlukan kepada ilmu yang baik. Seperkara yang aku pegang dalam menjalankan perniagaan ini adalah seperti rangkap ayat berikut:
Bila aku berjaya close case, maknanya Allah sayang kepadaku, Bila aku mendapat case pending, ketika itu Allah mahu menguji aku, dan bila aku tidak dapat close case, pada masa ini Allah mahu memberikan aku suatu yang lebih baik daripada yang aku dapat.
Aku akan sentiasa berpegang kepada ayat ini supaya memberi inspirasi dan semangat kepadaku untuk berjaya dalam perniagaan ini. Dalam pada itu, niat aku adalah untuk membantu orang-orang melayu yang selama ini berada dalam situasi selesa tanpa pernah memikirkan perlindungan untuk masa depan seandainya berlaku sesuatu yang tidak diingini dalam keluarga. Aku akan rasa bersalah dengan situasi ini. Biarlah orang kata aku cuba untuk menipu mereka tetapi kepada Allah aku serahkan segala niat suci ini. Bagi seorang isteri yang mempunyai suami, sudah tentu mereka akan bercakap besar dengan penerangan aku tetapi bagi seorang janda, mereka akan mengerti apakah yang aku cuba lakukan. Hanya mereka yang telah mengalami akan menyedari akan hakikat kesenangan yang sementara. Bagi mereka yang berpandangan negatif terhadap insuran dan takaful, bukalah minda dan hati serta tengoklah masa depan anda semua. Jangan menyombong dan bongkak pada hari ini dan sengsara pada masa depan. Allah sentiasa akan menguji hambaNya. Kita perlu bersedia dengan melengkapkan keperluan yang sepatutnya ketika kita ada kesemuanya. Bak kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan".

Bahasa Inggeris vs Bahasa Melayu

Tertarik aku kepada perbincangan Hujah mengenai peminggiran BAHASA MELAYU pada siaran 10 November 2008. Pada sesi perbincangan yang diutarakan, panel ada menyebut mengenai pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris. Satu pertanyaan adakah dengan mengajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris telah menaikkan martabat pelajar-pelajar yang belajar di semua sekolah seluruh Malaysia ini. Mungkin bagi anak Menteri, pegawai kerajaan berpangkat tinggi, mereka yang terasuk dengan budaya kebaratan akan menghargai apa yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dengan pengenalan PPSMI ini. Tapi pernah atau tidak mereka mengjenguk adik-adikku di kawasan luar bandar dan perkampungan?? Adikku sendiri sering mengeluh di rumah kerana mereka tidak memahami apakah yang telah dipelajari daripada guru semasa di sekolah. Teringat aku di ketika aku masih bersekolah menengah suatu ketika dahulu. Guru Bahasa Inggeris mengajar kami dalam Bahasa Melayu. Apa sudah jadi??? Terlalu sukarkah belajar Bahasa Inggeris??? Sebenarnya melalui pengalaman, adalah tidak sukar untuk mempelajari Bahasa Inggeris kerana setelah berada dalam suasana Bahasa Inggeris, mahu tidak mahu kita akan mempelajari dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam situasi yang memerlukan. Aku akui yang aku lemah Bahasa Inggeris sewaktu di sekolah dahulu. Mana tidaknya, belajar Bahasa Inggeris di sekolah sahaja dan bila waktu pembelajaran matapelajaran Bahasa Inggeris selesai, maka bermula kami semua akan bertutur dalam Bahasa Melayu. Bagiku pengenalan PPSMI telah merosakkan adik-adikku dan pelajar yang berasal daripada luar bandar. Bukan mudah kami untuk menukar segalanya kerana persekiran kampung tidak menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris. Aku aku bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang sangat penting sebagai bahasa perhubungan. Seperti kata panel dalam Hujah tersebut, Bahasa Melayu adalah sebagai bahasa ilmu yang dituturkan oleh 300 juta rakyat di rantau ini. Teringat aku pada suatu ketika, sewaktu bersembang dengan seorang pelajar Iran di stesen bas. Aku bermula dengan bertanya dalam Bahasa Inggeris (kononnya pelajar Iran tersebut tidak pandai bercakap dalam Bahasa Melayu). Maklumlah mereka bukan orang tempatan. Setelah perbualan telah berlalu dengan lama, tiba suatu saat pelajar tersebut bertanya beberapa istilah dalam Bahasa Melayu dan memintaku mengajarnya beberapa ayat yang sering digunakan dalam pertuturan seharian. Terkedu juga aku. Daripada sini aku menyedari bahawa suasana akan membuatkan kita bermotivasi dalam mempelajari bahasa lain untuk berkomunikasi. Kuseru kepada kerajaan untuk mengubah semula PPSMI kepada Bahasa Melayu semula. Kesian aku lihat adik-adikku dan masyarakat di sekeliling kampung. Sebagai menteri marilah turun ke kampungku dan lihat sendiri reality yang berlaku. Jangan sekadar bergaduh dalam parlimen dan membuat sesuatu yang memudaratkan bangsa sendiri. Ini tanah Malaysia. Ini Negara kita. Perkara 152 sepatutnya menjadi agenda penting kepada kita. Jangan kita takut menggunakan Bahasa Melayu untuk bersaing di peringkat global. Ayuhlah bangsaku berjuang memartabarkan bahasa ibunda kita. Kenapa harus malu untuk mempertahankannya. Malulah pada diri sendiri jika kita menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan yang penuh dengan tipu daya. Aku tidak hendak menidakkan Bahasa Inggeris tetapi sekadar berjuang untuk bahasa kita. Sudah banyak forum, seminar dan simposium yang telah dijalankan tetapi bila semua resolusi yang telah dibacakan akan dilaksana?? Tahniah kepada pihak DBP yang berjaya menganjurkan seminar Bahasa Melayu di Melaka. Semoga apa yang telah dibacakan dalam resolusi akan terlaksana. Aku akan tertunggu-tunggu perlaksanaannya.