Tuesday, November 11, 2008

Kereta idamanku

Inilah kereta yang menjadi idamanku selama ini. Walaupun pada hakikat adalah mustahil untuk aku mendapatkan kereta ini dalam situasi aku masih belajar, tapi tiada yang mustahil dalam dunia ini. Usaha keras akan membuahkan hasil yang amat membanggakan dan menjadi suatu realiti. Aku belajar umtuk berusaha dengan penuh keazaman. Aku sekarang terlibat dalam Insuran dan Takaful. Sebagai seorang consultant aku percaya yang aku boleh berjaya. Azamku untuk mendapatkan kereta idaman ini mungkin akan menjadi kenyataan dalam masa dua tahun lagi. Masa dua tahun aku perlukan untuk membuktikan kepada diri bahawa aku boleh berjaya dan tiada yang mustahil. Aku berpandangan tiada pekerjaan yang murni selain daripada menjadi guru. Guru dalam segala lapangan tidak semestinya di sekolah sahaja tetapi termasuk jua di universiti, seminar dan sebagainya. Pekerjaan kedua yang murni adalah sebagai seorang consultant insuran. Bagi aku dengan menjadi seorang consultant insuran, aku dapat menolong orang selain mendapat pendapatan yang tiada hadnya. Tetapi aku percaya bukan mudah untuk mendapatkan kesemua yang diimpikan. Bukan mudah untuk berjaya dalam perniagaan insuran ini. Semua memerlukan kesungguhan yang mendalam dan perlukan kepada ilmu yang baik. Seperkara yang aku pegang dalam menjalankan perniagaan ini adalah seperti rangkap ayat berikut:
Bila aku berjaya close case, maknanya Allah sayang kepadaku, Bila aku mendapat case pending, ketika itu Allah mahu menguji aku, dan bila aku tidak dapat close case, pada masa ini Allah mahu memberikan aku suatu yang lebih baik daripada yang aku dapat.
Aku akan sentiasa berpegang kepada ayat ini supaya memberi inspirasi dan semangat kepadaku untuk berjaya dalam perniagaan ini. Dalam pada itu, niat aku adalah untuk membantu orang-orang melayu yang selama ini berada dalam situasi selesa tanpa pernah memikirkan perlindungan untuk masa depan seandainya berlaku sesuatu yang tidak diingini dalam keluarga. Aku akan rasa bersalah dengan situasi ini. Biarlah orang kata aku cuba untuk menipu mereka tetapi kepada Allah aku serahkan segala niat suci ini. Bagi seorang isteri yang mempunyai suami, sudah tentu mereka akan bercakap besar dengan penerangan aku tetapi bagi seorang janda, mereka akan mengerti apakah yang aku cuba lakukan. Hanya mereka yang telah mengalami akan menyedari akan hakikat kesenangan yang sementara. Bagi mereka yang berpandangan negatif terhadap insuran dan takaful, bukalah minda dan hati serta tengoklah masa depan anda semua. Jangan menyombong dan bongkak pada hari ini dan sengsara pada masa depan. Allah sentiasa akan menguji hambaNya. Kita perlu bersedia dengan melengkapkan keperluan yang sepatutnya ketika kita ada kesemuanya. Bak kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan".

No comments: