Tuesday, November 11, 2008

Memang dapat duit, TAPI....


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Izinkan saya berkongsi pendapat demi kebaikan semua.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kehidupan yang semakin tertekan akibat kenaikan perbelanjaan harian, saya faham ramai orang sudah mula mengorak langkah, mencuba pelbagai cara untuk menambah income mereka.
"Apa saja lubang yang boleh aku masuk, aku cuba masuk, janji dapat duit" kata seorang kawan dengan beriya-iya.
Ada yang nak jadi ejen insurans / takaful atau unit trust, ada yang bukak gerai char kuey teow depan rumah dan tak kurang jugak yang terjun masuk ke dalam bisnes MLM / direct-selling, mempromosikan barangan tertentu dari alat penjimatan minyak, tong NGV sampailah kepada barangan kecantikan wanita.
Yang saya nak nasihatkan ni adalah berkenaan mereka yang terlibat dengan pelbagai skim pelaburan "cepat untung" kerana itulah trend yang paling hangat masa kini bagi mereka yang malas nak berusaha, tapi nak duit berlipat ganda (jgn marah, ini realiti, anda memang malas nak usaha dengan cara yang betul).
Saya bukannya dengki atau cuba nak menakut-nakutkan anda. Sorrylah i dont have time untuk dengki sesama anak melayu. Cuma saya ingin bertanya balik kepada anda ...
"Walaupun skim pelaburan anda buat duit (berdasarkan bukti cek atau transaksi bank yang anda tunjuk), tapi adakah ia skim pelaburan yang legal & halal?"
Itulah yang menjadi persoalan pokok yang perlu anda jawab dengan jujur.
Skim pelaburan yang halal, adalah wang yang dilaburkan ke dalam perniagaan yang sah disisi undang-undang, perniagaan yang halal dan aktiviti perniagaannya juga halal.
Skim pelaburan yang legal / sah disisi undang-undang pula adalah wang yang laburkan ke dalam syarikat perniagaan yang mempunyai lesen perniagaan yang sah, mempunyai kebenaran yang sah dari Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti untuk mengutip deposit dari orang ramai, dan produk kewangannya adalah produk yang mendapat kelulusan BNM / SC.
Inilah soalan-soalan yang patut anda tanya bila ada kawan yang promosikan skim buat duit kepada anda.
"Tapi, bukti cek dan transaksi bank kan ada?" bantah kawan tersebut.
Memanglah you dapat duit sekarang. Skim Pak Mat Telo dulu pun, ramai yang dapat duit berbakul bakul. Skim piramid dulu pun, ramai yang untung berlipat ganda. Swisscash Mutual pun, ramai yang dapat duit berbulan-bulan. Tapi akhirnya bungkus jugak! Duit entah hilang ke mana, penganjur ditahan pihak berkuasa kerana kutip deposit haram!
Saya sekadar nak beri reminder kepada sahabat-sahabat semua bahawa, sejak akhir-akhir ni :-
1) Semakin kerap kedengaran individu tertentu diheret ke mahkamah kerana mengutip wang / deposit dari orang ramai tanpa kebenaran / lesen dari BNM / SC (walaupun bergelar financial consultant bebas).
2) Sykt penganjur yang mengutip deposit haram dari orang ramai disita dan duit dibekukan. Pelabur tak dapat duit pelaburan mereka kembali, sebaliknya menanggung pembayaran balik hutang personal loan yang mereka buat kerana nak join pelaburan tu (contoh swisscash dulu).
3) Duit pelaburan skim haram yang anda belanja untuk makan minum keluarga dikhuatiri duit tak berkat / duit haram, yang akan jadi darah daging anda sekeluarga.
Skim pelaburan haram (tak sah disisi undang undang dan haram di sisi hukum syarak) ini wujud dalam pelbagai bentuk dan cara. Ada yang guna wang pos, ada yang guna internet, ada yang salah-guna konsep sedekah/amal jariah, ada yang salah-guna istilah mutual fund atau amanah saham, salah-guna lesen AJL / Direct Selling dan ada yang salah-guna nama institusi kewangan tertentu, demi untuk meyakinkan orang ramai.
Sebelum anda terlibat dalam apa jua skim pelaburan, semak dahulu :-
1) Siapa pemilik syarikat tersebut, beserta dengan gambarnya sekali
2) Alamat syarikat perniagaan dan latar belakang sykt tersebut
3) Lesen perniagaan syarikat dan lesen AJL dari KPDN & HEP (jika berkenaan)
4) Lesen / kebenaran khas dari BNM / SC untuk mengutip deposit
5) Jenis perniagaan yang dilakukan / barang yang diniagakan
6) Resit perniagaan untuk setiap pembayaran dimatikan duit setem (jika berkenaan).
7) Laporan tahunan yang menunjukkan ke mana wang anda dilaburkan
8) Kad kuasa atau lesen untuk ejen / promoter

Jangan sekadar mengukur kadar pulangan (berapa tinggi boleh beri) dan bukti penerimaan cek saja. Itu memperdayakan diri anda sendiri namanya.
Kalau anda nak buat bisnes, buat bisnes betul-betul. Tubuhkan sykt anda sendiri, atau join sykt yang sudah lama beroperasi / sudah kukuh (sudah established) . Jangan fikir nak short-cut saja.
Konsep "buat apa saja, janji dapat duit" ini yang banyak merosakkan orang sekarang. Kerana bertuhankan duit, anda sanggup melacurkan maruah diri dan makan duit haram.
Fikir fikir lah dulu sebelum melabur. Karang duit hilang entah ke mana, keharmonian hidup berkeluarga pun turut LEBUR.

No comments: