Tuesday, November 11, 2008

nasib guru pedalaman

Sekolah pedalaman di Malaysia terdapat dipelbagai negeri terutama Sabah dan Sarawak. Sekolah dipedalaman ini terletak dalam pelbagai kondisi dan suasana kerana ada sekolah yang tiada sebarang kemudahan asas. Video ini adalah untuk menjadi tatapan kepada semua rakan-rakan bakal guru semua yang akan posting sama ada sebulan, setahun, dua tahun atau beberapa lama lagi. Namun kita tetap akan menghadapi sekolah yang memerlukan perkhidmatan kita. Jika dilihat pada video ini, kita kan merasa sesuatu yang amat menyentuh hati. Sejak kahir-akhir ini aku sangat berminat untik memdalami pengalaman mereka yang telah mengajar di sekolah pedalaman. Sungguh banyak dan pelbagai pengalaman yang kadang-kadang membanggakan dan ada ketikanya adalah sedih. Tapi hakikatnya kita semua belum merasai pengalaman yang mereka telah lalui. Pernah atau tidak kita terfikir apakah akan berlaku kepada kita bakal guru sekiranya ditempatkan di sekolah pedalaman tersebut? Tentulah menjadi suatu keanehan kepada kita jika tidak dapat menyesuaikan diri dengan situasi dan pengalaman baharu ini. Namun sebagai bakal guru kita seharusnya telah bersedia untuk berkhidmat di mana sahaja jika ditempatkan. Aku selalu mendengar rakan-rakan berkata yang mereka sangat berminat untuk berkhidmat di pedalaman. Namun suatu pertanyaan adalah kesanggupan mereka lahir daripada hati yang tulus dan suci?? Entahlah. Kadang-kadang kita senang untuk membicarakan dan meluahkan namun hakikatnya adalah terlalu sukar untuk dirasai. Hanya mereka yang telah berada dan merasai situasi tersebut akan tahu segala pengalaman itu. Bagiku sebagai seorang bakal guru, apa yang penting adalah niat kita. Sekiranya niat adalah untuk membantu anak bangsa kita dan melihat mereka semua berjaya, kita akan dipermudahkan oleh Allah untuk melaksanakan perkara murni ini. Aku juga tidak tahu apakah perasaan aku jika ditempatkan di sekolah pedalaman. Namun aku harus bersedia dengan segala macam ilmu dan pengalaman agar jika ditempatkan disekolah pedalaman, aku akan suatu momentum untuk terus berkhidmat kepada anak bangsa. Aku sangat memberi penghargaan kepada guru-guru yang mengajar di pedalaman. Jika kerajaan ingin memberi anugerah Datuk, Tan Sri atau sebagainya, orang yang sepatutnya adalah guru terutama mereka yang berada di pedalaman. Aku pun kurang mengerti mengapa kerajaan tidak menghargai jasa mereka ini sedangkan jasa seorang guru adalah terlalu besar. Mana ada seorang perdana menteri atau menteri yang dilahirkan terus mendapat pangkat tersebut. Mereka melalui pengalaman pertama dalam proses pembelajaran melalui seorang guru. Wahai semua rakyat MALAYSIA, bukalah mata hati dan minda untuk melihat akan pengorbanan seorang guru. Satu penghargaan kepada semua guru "AKU TABIK DAN RESPECT ANDA SEUMA" Tahniah dan teruskan usaha membantu anak bangsa kita.

No comments: